Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
4211
Bandingkan
Juruwang Bank dan Kerani yang Berkaitan
Juruwang Bank dan Kerani yang Berkaitan berurusan secara terus dengan pelanggan bank atau pejabat pos berkaitan dengan penerimaan, penukaran dan pembayaran wang, atau menyediakan perkhidmatan mel.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Memproses deposit tunai dan pengeluaran wang, cek, pemindahan wang, bil, pembayaran kad kredit, kiriman wang, cek diperakui, dan transaksi perbankan lain yang berkaitan untuk pelanggan.
Membayar bil dan membuat pindahan wang bagi pihak pelanggan.
Mengkredit dan mendebit akaun pelanggan.
Menukar wang daripada satu mata wang kepada mata wang yang lain sebagaimana yang dikehendaki oleh pelanggan.
Membuat rekod semua transaksi dan menyesuaikannya dengan baki tunai.
Menerima mel, menjual setem pos, dan menjalankan urusan kaunter pejabat pos yang lain seperti bayaran bil, pindahan wang, dan urusan yang berkaitan.
Menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.