Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3715-01
Bandingkan
Pegawai Polis
Pegawai Polis bertanggungjawab untuk penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan awam. Mereka bertindak sebagai pasukan kecemasan melalui menjawab panggilan, menyiasat jenayah dan menulis laporan.
Tugasan
Menjalankan tugas-tugas kepolisan termasuk membuat rondaan mencegah jenayah dan mengumpul risikan keselamatan, menangkap, mengawal, mengiring pesalah-pesalah, mengawal trafik, membuat rondaan di laut dan udara bagi mengawal perairan negara, bagi mewujudkan suasana aman dan ketenteraman di kalangan rakyat dan negara.
Menyiasat penjenayah yang dituduh atau disyaki melanggar undang-undang kerajaan persekutuan, negeri, atau tempatan untuk menentukan sama ada bukti mencukupi untuk mencadangkan pendakwaan.
Menyediakan dakwaan, maklum balas kepada dakwaan, atau maklumat untuk kes mahkamah menurut prosedur rasmi.
Mengambil catatan, menanda, dan mengambil gambar lokasi objek yang ditemui, seperti tapak kaki, trek tayar kenderaan, peluru, dan kesan darah, serta mengambil ukuran kawasan kejadian.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.