Versi Lama
Carian Terkini
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3711-01
Bandingkan
Penolong Penguasa Kastam Gred WK5 (Penolong Pegawai Penguatkuasa Jabatan/Penolong Pegawai Eksekutif Jabatan) memungut cukai dan memberi fasilitasi perkastaman kepada sektor perdagangan dan perindustrian serta mempertingkatkan pematuhan perundangan demi kepentingan ekonomi, sosial dan keselamatan negara.
Tugasan
Menyediakan, menyelenggara dan memeriksa laporan, doket, penyata dan rekod berkaitan import, eksport, cukai jualan, cukai perkhidmatan, eksais, petroleum, industri dan penggudangan.
Membantu pelaksanaan penaksiran cukai, penguatkuasaan pelesenan, pemeriksaan akaun/auditan berprogram serta pengesanan aktiviti pengilangan tanpa lesen.
Menyelia pemeriksaan barang untuk tujuan pulang balik duti, kawalan pengeksport, Kedai Bebas Cukai dan pemusnahan/ penyimpanan barang rampasan.
Menolong dan menyelia operasi pencegahan, rondaan, serbuan, sekatan jalan raya, operasi narkotik dan tapisan syarikat.
Menyediakan laporan-laporan, penyata-penyata, profil penyeludupan dan laporan kes siasatan.
Mengawal disiplin dan perilaku anggota anggota.
Mengurus pentadbiran, stor, peralatan, kenderaan, senjata api, lelongan dan pemusnahan barangan, serta kawalan keselamatan pejabat dan harta benda.
Menolong dalam pengurusan kewangan, anggaran belanjawan, pembayaran, tender, kontrak, perjanjian dan laporan prestasi perbelanjaan.
Menyelia latihan.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan memberi khidmat nasihat.
Berkebolehan membuat keputusan dengan tepat.
Berkeupayaan menjalankan tugas dengan cekap, tepat dan cepat.
Mempunyai kemahiran komunikasi yang berkesan.
Mempunyai kemahiran pembentangan dan perundingan.
Mempunyai kemahiran pengurusan asas seperti kewangan, pentadbiran, logistik dan personel.
Mempunyai kemahiran penulisan laporan.
Khusus
Berkebolehan dalam penaksiran dan penjenisan.
Berkebolehan melaksanakan tugas pentadbiran dan pengurusan jabatan secara teratur dan berkesan.
Berkebolehan membantu pemeriksaan akaun dan menyediakan notis tuntutan cukai.
Berkebolehan memproses dan mengeluarkan lesen serta menyediakan laporan perlesenan.
Berkebolehan mengendalikan siasatan, risikan, operasi pencegahan dan pendakwaan.
Berkebolehan mengurus rekod pengecualian duti, jaminan bank, permit import/eksport dan kawalan aktiviti KBC.
Berkebolehan mengurus stor, persenjataan, UPP dan Marin.
Mempunyai pengetahuan asas dalam Bahasa Inggeris, Matematik dan Perakaunan.
Mempunyai pengetahuan dalam industri, percukaian, perdagangan antarabangsa dan dasar perindustrian.
Mempunyai pengetahuan dalam penilaian pengkastaman, penilaian risiko dan pengurusan risiko.
Mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kastam dan cukai dalaman.
Mempunyai pengetahuan mendalam dalam perundangan am dan perundangan jabatan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.