- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
3
Juruteknik dan Profesional Bersekutu
Kumpulan Sub-Utama
36
Profesional Bersekutu Sosial, Kebudayaan, dan yang Berkaitan
Kumpulan Kecil
361
Profesional Bersekutu Sosial dan Keagamaan
Kumpulan Unit
3611
Profesional Bersekutu Kerja Sosial
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3611-11
Bandingkan
Penolong Pegawai Antidadah Gred S5 bertanggungjawab melaksanakan semua program pemulihan, pencegahan dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan dadah.
Tugasan
Melaksanakan semua program pemulihan di institusi dan komuniti.
Merancang, menyelaras, dan mengendalikan program pemulihan untuk penagih dadah.
Mengurus kemasukan, pembebasan, dan rawatan penagihan dadah (detoksifikasi) penghuni.
Menyusun dan melaksanakan program kaunseling dan aktiviti pra bebas.
Meningkatkan kualiti orientasi, asrama, dan program aktiviti harian penghuni.
Menyelaraskan penilaian klinikal dan kenaikan fasa mengikut piawaian.
Merancang dan melaksanakan program pemulihan dan pencegahan di komuniti, sekolah, institusi pengajian dan tempat kerja.
Memantau pusat rawatan persendirian dan bekerjasama dengan agensi kerajaan, swasta, dan NGO.
Melaksanakan aktiviti publisiti, pendidikan, dan pencegahan dadah di semua peringkat.
Melaksanakan penguatkuasaan undang-undang berkaitan dadah dan operasi pencegahan.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi dengan berkesan.
Berkebolehan melaksanakan kerja mengikut syif secara berjadual.
Berkebolehan melaksanakan strategi pengurusan penghuni dan membantu sistem pengurusan pelanggan.
Berkebolehan melaksanakan tugas berdasarkan penyesuaian diri dengan situasi.
Berkebolehan memimpin dan memberi bimbingan kepada pegawai bawahan.
Berkebolehan menyumbang idea selaras dengan program pemulihan institusi, komuniti dan pencegahan.
Berkeupayaan bekerja dalam kumpulan.
Khusus
Kebolehan menguasai peraturan, kaedah dan akta berkaitan.
Pengetahuan dan kemahiran melaksanakan program di institusi dan komuniti.
Pengetahuan dan kemahiran melaksanakan tugas dan fungsi AADK.
Pengetahuan dan kemahiran melaksanakan tugas pemulihan di institusi, komuniti dan pencegahan.
Pengetahuan dan kemahiran perundangan berkaitan Akta Dadah.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
3611-01
Pekerja Sosial
3611-02
Pegawai Kebajikan (Industri)
3611-03
Pegawai Parol (Profesional Bersekutu)
3611-04
Pegawai Perunding Cara (Profesional Bersekutu)
3611-05
Pekerja Sosial (Perubatan)
3611-06
Pekerja Pembangunan Masyarakat
3611-07
Pekerja Khidmat Masyarakat
3611-08
Pekerja Belia
3611-09
Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S5
3611-10
Penolong Pegawai Psikologi Gred S5
3611-11
Penolong Pegawai Antidadah Gred S5
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.