- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
3
Juruteknik dan Profesional Bersekutu
Kumpulan Sub-Utama
36
Profesional Bersekutu Sosial, Kebudayaan, dan yang Berkaitan
Kumpulan Kecil
361
Profesional Bersekutu Sosial dan Keagamaan
Kumpulan Unit
3611
Profesional Bersekutu Kerja Sosial
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3611-10
Bandingkan
Penolong Pegawai Psikologi Gred S5
Penolong Pegawai Psikologi Gred S5 bertanggungjawab membantu merancang, menggubal, melaksana dan memantau dasar dan perkhidmatan psikologi berdasarkan aplikasi psikologi (penilaian personel, pembangunan personel, penyelidikan dan intervensi) dalam bidang psikologi, kaunseling dan psikologi klinikal melalui pendekatan pembangunan, pencegahan, pemulihan dan intervensi dalam konteks pengurusan sumber manusia, pembangunan manusia dan komuniti, pendidikan, keselamatan dan ketenteraman awam, kesihatan, koreksional dan rehabilitasi.
Tugasan
Membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran dalam pelaksanaan dasar, pekeliling dan garis panduan berkaitan pengurusan dan tadbir urus perkhidmatan psikologi, kaunseling dan psikologi klinikal di kementerian/jabatan/agensi.
Membantu tugas-tugas penyimpanan inventori penilaian psikologi di kementerian/jabatan/agensi.
Membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran dalam program pembangunan modul-modul psikologi.
Membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran dalam program/aktiviti berdasarkan pendekatan psikologi dari aspek pembangunan, pencegahan dan pemulihan.
Membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran dalam penyediaan khidmat runding/konsultasi psikologi dan kaunseling kepada pihak-pihak yang memerlukan.
Membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran dalam penyediaan input psikologi untuk tujuan pembangunan, pencegahan dan pemulihan.
Membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran dalam penyediaan perkhidmatan intervensi psikologi, kaunseling dan klinikal kepada klien untuk tujuan pembangunan, pencegahan dan pemulihan.
Membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran dalam pelaksanaan program latihan kompetensi, kepakaran serta kemajuan kerjaya Pegawai dan Penolong Pegawai Psikologi.
Membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran dalam aktiviti penyelidikan dan kajian psikologi, kaunseling dan klinikal.
Membantu tugas-tugas penyediaan laporan program, pemantauan dan intervensi bagi tujuan rekod, pelaporan dan penambahbaikan kualiti perkhidmatan sedia ada.
Membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran dalam pengumpulan data penyampaian perkhidmatan psikologi.
Kemahiran
Asas
Analisis data.
Kemahiran penggunaan teknologi digital.
Keurusetlaan dan pengurusan majlis.
Khidmat nasihat dan perundingan.
Pembangunan kurikulum atau modul.
Pengurusan rekod.
Penulisan dokumen rasmi.
Khusus
Intervensi psikologi.
Pembangunan ujian psikologi.
Pengetahuan mengenai undang-undang dan dasar berkaitan dengan bidang psikologi, psikologi klinikal dan kaunseling.
Penilaian psikologi.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
3611-01
Pekerja Sosial
3611-02
Pegawai Kebajikan (Industri)
3611-03
Pegawai Parol (Profesional Bersekutu)
3611-04
Pegawai Perunding Cara (Profesional Bersekutu)
3611-05
Pekerja Sosial (Perubatan)
3611-06
Pekerja Pembangunan Masyarakat
3611-07
Pekerja Khidmat Masyarakat
3611-08
Pekerja Belia
3611-09
Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S5
3611-10
Penolong Pegawai Psikologi Gred S5
3611-11
Penolong Pegawai Antidadah Gred S5
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.