Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3334
Bandingkan
Ejen Hartanah dan Harta
Ejen Hartanah dan Harta mengatur penjualan, pembelian, penyewaan dan pajakan hartanah, biasanya bagi pihak pelanggan dan berdasarkan komisen.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Mendapatkan maklumat tentang harta yang hendak dijual atau dipajak, keadaan pemilik dan syarat pemilikan dan keperluan bakal pembeli atau penyewa.
Menunjukkan harta yang hendak dijual atau dipajak kepada bakal pembeli atau penyewa dan menerangkan terma penjualan atau syarat sewaan atau pajakan.
Mengatur upacara menandatangan perjanjian pajak dan pemindahan hak harta.
Mengutip sewa dan deposit bagi pihak pemilik dan memeriksa harta sebelum, semasa, dan selepas penghunian.
Menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.