Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3333
Bandingkan
Ejen dan Kontraktor Pekerjaan
Ejen dan Kontraktor Pekerjaan memadankan pencari kerja dengan kekosongan pekerjaan, mencarikan pekerja atau buruh kontrak untuk majikan bagi projek tertentu mengikut permintaan perusahaan dan organisasi lain.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Memadankan pencari kerja dengan kekosongan pekerjaan.
Mencarikan pekerja bagi kekosongan jawatan dengan memperoleh komisen daripada majikan atau pekerja.
Berbincang dengan perusahaan/ organisasi tentang kemahiran yang diperlukan serta ciri lain pekerja yang akan diambil bekerja.
Mencari pekerja yang mempunyai kemahiran yang sesuai dan memastikan segala urusan rasmi yang ditetapkan mengikut peraturan dan keperluan negara atau antarabangsa.
Memastikan kontrak pekerjaan memenuhi kehendak undang-undang dan menandatanganinya.
Menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.