- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
3
Juruteknik dan Profesional Bersekutu
Kumpulan Sub-Utama
33
Profesional Bersekutu Perniagaan dan Pentadbiran
Kumpulan Kecil
332
Ejen dan Broker Jualan dan Pembelian
Kumpulan Unit
3322
Wakil Jualan Komersil
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3322
Bandingkan
Wakil Jualan Komersil
Wakil Jualan Komersil mewakili syarikat untuk menjual pelbagai barangan dan perkhidmatan kepada peniaga dan lain-lain organisasi, dan memberikan informasi spesifik mengenai produk seperti yang dikehendaki.
Tugasan
Mendapatkan dan mengemaskini pengetahuan tentang produk keluaran majikan dan pesaing serta memahami keadaan pasaran.
Mendapatkan pesanan dan menjual barangan kepada peruncit, industri, pemborong, dan perusahaan lain.
Menjual kelengkapan teknikal, bekalan dan perkhidmatan yang berkaitan kepada pertubuhan perniagaan atau individu.
Memberi maklumat umum dan khusus serta ciri-ciri dan fungsi tentang peralatan yang hendak dijual dan menunjukkan cara penggunaannya kepada bakal pelanggan.
Menyebut dan merundingkan harga dan syarat kredit, menyempurnakan kontrak, dan merekodkan pesanan.
Mengatur penghantaran barangan, pemasangan kelengkapan, dan penyediaan perkhidmatan.
Melaporkan jualan yang dibuat dan produk yang boleh dipasarkan kepada pengurusan jualan.
Melaporkan reaksi dan keperluan pelanggan kepada pengilang.
Menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.