Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3321-01
Bandingkan
Broker Insurans bertindak sebagai perantara antara pelanggan dan syarikat insurans, menilai keperluan insurans pelanggan dan memberikan nasihat pakar tentang polisi yang sesuai. Mereka mempromosikan, merundingkan dan mengatur perlindungan untuk sejenis insurans, termasuk insurans nyawa, kesihatan, kemalangan atau harta benda, dan mengurus pembaharuan dan tuntutan polisi. Peranan mereka memastikan pelanggan menerima penyelesaian pengurusan risiko yang disesuaikan dan terma perlindungan yang optimum.
Tugasan
Menilai keperluan insurans dan pendedahan risiko pelanggan, serta memberikan nasihat yang sesuai mengenai pilihan perlindungan.
Mencari polisi insurans yang sesuai daripada syarikat insurans dan mendapatkan sebut harga untuk pelanggan.
Menyediakan, membentangkan, dan merundingkan cadangan insurans, butiran polisi, dan perbandingan kos dengan pelanggan dan penyedia insurans.
Mengatur dan meletakkan perlindungan insurans dengan syarikat insurans yang dipilih mengikut keperluan pelanggan.
Membantu pelanggan dalam mengemukakan dan memproses tuntutan insurans serta berurusan dengan syarikat insurans bagi memudahkan penyelesaian.
Mengurus pembaharuan polisi, pindaan, kemas kini, dan menyelenggara rekod pelanggan yang tepat untuk memastikan perlindungan berterusan.
Memantau perkembangan produk insurans, trend pasaran, dan keperluan peraturan yang berkaitan dengan perkhidmatan broker insurans.
Kemahiran
Asas
Kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik untuk berinteraksi dengan pelanggan.
Kemahiran mempengaruhi untuk membantu pelanggan membuat keputusan dan mendapatkan terma yang lebih baik.
Kemahiran menggunakan aplikasi Microsoft Office untuk tujuan pelaporan dan pengurusan dokumen.
Memberi perhatian terhadap perincian serta kemahiran pengurusan bagi mengendalikan pelbagai polisi dan rekod pelanggan.
Pemikiran analitik serta kemahiran menyelesaikan masalah bagi menilai keperluan pelanggan dan menyediakan penyelesaian yang sesuai.
Khusus
Kemahiran menggunakan perisian pengurusan insurans dan sistem customer relationship management (CRM).
Keupayaan dalam penilaian risiko, prinsip underwiting, dan pematuhan peraturan di Malaysia.
Keupayaan untuk menerangkan terma insurans yang kompleks dengan jelas kepada pelanggan.
Pengetahuan mengenai produk insurans perubatan dan kesihatan.
Pengetahuan menyeluruh mengenai produk insurans dan trend pasaran.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.