Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3214-01
Bandingkan
Juruteknik Pergigian mereka bentuk, membuat dan membaiki prostetik atau peralatan pergigian, termasuk mahkota, jambatan, gigi palsu atau peranti ortodontik, mengikut preskripsi daripada profesional pergigian. Mereka memastikan peranti tersebut memenuhi keperluan fungsian dan estetik pesakit, bekerjasama rapat dengan doktor gigi untuk memulihkan kesihatan dan penampilan mulut, membentuk dan memasang bahan seperti logam, vulkanit atau sebatian pergigian lain untuk menghasilkan pemulihan pergigian yang tepat dan tahan lama.
Tugasan
Mentafsir preskripsi dan spesifikasi pergigian yang diberikan oleh doktor gigi untuk membimbing pembuatan peranti pergigian.
Mereka bentuk dan menghasilkan prostetik pergigian termasuk mahkota, jambatan, gigi palsu, dan peralatan ortodontik menggunakan teknik manual serta teknologi Computer-Aided Design and Computer-Aided Manufacturing (CAD/CAM).
Menyediakan model dan acuan pergigian daripada impresi untuk menyokong pembuatan peralatan pergigian.
Membentuk dan memasang komponen prostetik pergigian menggunakan bahan yang sesuai seperti logam, akrilik, atau plastik.
Membaiki, mengubah suai, dan melaras peralatan pergigian mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
Memastikan semua peranti pergigian mematuhi piawaian kualiti, keselamatan, dan kebersihan.
Kemahiran
Asas
Kebolehan mentafsir lukisan dan spesifikasi teknikal dengan tepat.
Ketangkasan manual untuk mengendalikan bahan dan instrumen pergigian.
Komunikasi dan kerjasama yang berkesan dengan profesional pergigian.
Pemahaman tentang anatomi pergigian, bahan dan prosedur makmal.
Perhatian terhadap perincian dan ketepatan dalam kerja pergigian teknikal.
Khusus
Kecekapan dalam mengendalikan dan menyelenggara peralatan serta alat makmal pergigian.
Kecekapan dalam menghasilkan prostetik pergigian termasuk mahkota, jambatan, dan gigi palsu.
Kecekapan dalam menyediakan model dan acuan pergigian dengan tepat.
Kecekapan dalam penggunaan perisian Computer-Aided Design and Computer-Aided Manufacturing (CAD/CAM) untuk aplikasi pergigian.
Pengetahuan dalam anatomi pergigian dan prinsip oklusi.
Pengetahuan dalam pemilihan dan sifat bahan pergigian.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.