- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
3
Juruteknik dan Profesional Bersekutu
Kumpulan Sub-Utama
32
Profesional Bersekutu Kesihatan
Kumpulan Kecil
321
Juruteknik Perubatan dan Farmaseutikal
Kumpulan Unit
3212
Juruteknik Makmal Perubatan dan Patologi
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3212-03
Bandingkan
Juruteknik Sitologi menyediakan dan memeriksa spesimen sel atau tisu, termasuk darah dan cecair badan lain, untuk mengesan jangkitan, perubahan pra-kanser dan kanser. Mereka menjalankan analisis mikroskopik, menyediakan dan mewarnakan slaid dan mentafsir corak selular untuk menyokong ahli patologi dalam mendiagnosis keadaan perubatan.
Tugasan
Menyediakan dan mewarnakan sampel sel pada slaid menggunakan teknik pewarnaan sitologi yang sesuai.
Memeriksa spesimen sel di bawah mikroskop dan menganalisis morfologi serta corak sel untuk mengenal pasti keabnormalan, jangkitan, perubahan prakanser atau petunjuk kanser.
Membantu ahli patologi dalam mentafsir penemuan sitologi untuk diagnosis penyakit.
Menerima, melabel, mendaftar, menyimpan dan memastikan kebolehkesanan spesimen biologi untuk pemeriksaan sitologi.
Merekod dan menyelenggara laporan makmal, keputusan ujian dan dokumentasi spesimen dengan tepat.
Mengendalikan, membersihkan, menyelenggara dan menentukur peralatan makmal serta memastikan rekod penentukuran dikemas kini.
Mematuhi prosedur keselamatan makmal, kebersihan dan pencegahan pencemaran silang semasa mengendalikan spesimen biologi.
Kemahiran
Asas
Kebolehan berfikir secara kritis dan menyelesaikan masalah.
Kebolehan mengikuti prosedur operasi standard dengan tepat.
Kemahiran komunikasi yang baik untuk pelaporan dan kerjasama.
Pengurusan masa dan kebolehan melakukan pelbagai tugas dalam aliran kerja makmal.
Perhatian yang tinggi terhadap perincian dan ketepatan.
Khusus
Kecekapan dalam mengenal pasti dan mengklasifikasikan sel abnormal untuk tujuan diagnostik.
Kecekapan dalam penyelenggaraan dan penentukuran peralatan makmal.
Kemahiran dalam Laboratory Information Management Systems (LIMS).
Kemahiran dalam pengendalian mikroskop makmal dan peralatan diagnostik.
Kemahiran dalam teknik pewarnaan sitologi dan penyediaan slaid.
Pengetahuan dalam morfologi sel dan patologi.
Pengetahuan dalam terminologi perubatan dan standard pelaporan patologi.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.