Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3152-04
Bandingkan
Penolong Pegawai Laut Gred A5 bertanggungjawab membantu dalam menguruskan pendaftaran kapal, keselamatan kapal, keselamatan pelayaran, hal ehwal pelaut dan pelabuhan, latihan teknikal maritim, projek-projek pembangunan serta membuat kajian dan penilaian terhadap konvensyen-konvensyen antarabangsa dan perundangan laut.
Tugasan
Membantu melaksana pendaftaran, pelesenan, pemilikan, pemeriksaan, siasatan, dan kawalan kapal dan bot termasuk Pemeriksaan Kawalan Negara Pelabuhan (Port State Control) untuk kapal-kapal Negara Asing dan Kawalan Bendera Negara (Flag State Control).
Membantu menjalankan pemeriksaan kelayakan belayar (seaworthiness) dan penyiasatan kemalangan maritim dengan kepakaran teknikal berkaitan.
Membantu penyelenggaraan alat bantuan pelayaran, pengurusan trafik maritim melalui Sistem Kawalan Trafik (VTS), keselamatan pelayaran, serta kawalan pencemaran marin.
Membantu melaksana aktiviti hidrografi, pengumpulan data pasang surut, arus, angin, dan penyebaran maklumat keselamatan maritim.
Membantu pengurusan bangkai kapal, kapal karam bersejarah, ship-to-ship transfer, serta penyelenggaraan kapal dan bot jabatan.
Membantu mengurus hal ehwal pelaut dan pelabuhan termasuk audit pusat latihan, peperiksaan dan perakuan kekompetenan, dokumentasi STCW, dan kebajikan pelaut.
Membantu melaksana pengurusan data statistik, penyelidikan, pembangunan sistem data, penyediaan belanjawan, serta bahan penerbitan jabatan.
Membantu mengurus bajet, perbelanjaan, dan penempatan kakitangan di atas kapal dan bot jabatan.
Kemahiran
Khusus
Memiliki kompetensi dalam bidang hidrografi.
Memiliki kompetensi dalam perkhidmatan trafik kapal (VTS).
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.