Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3152-03
Bandingkan
Pembantu Laut Gred A1 bertanggungjawab untuk membantu melicinkan perjalanan urusan pendaftaran kapal, keselamatan kapal, keselamatan pelayaran, hal ehwal pelaut dan pelabuhan, latihan teknikal maritim, projek-projek pembangunan serta membantu dalam membuat kajian dan penilaian terhadap konvensyen-konvensyen antarabangsa dan perundangan laut.
Tugasan
Melaksanakan pengutipan hasil, pengumpulan data kutipan hasil kerajaan, perolehan pejabat, serta pengurusan aset dan stor.
Mengurus dokumentasi ISO dan rekod kewangan serta personel jabatan.
Mengurus dokumen, rekod, perangkaan, dan laporan pendaftaran kapal dan bot.
Menyediakan dokumen siasatan bagi pendakwaan kes marin, saman, dan kompaun.
Membantu pengurusan keselamatan pelayaran, bantuan pelayaran, pencemaran marin, salvaj, dan penerbitan pasang surut.
Mengendalikan urusan pelaut, operasi bot, senggaraan aset dan jeti, serta pentadbiran pejabat pelabuhan.
Melaksanakan dan menyelenggara program latihan, kemudahan latihan, aset, dan sokongan jurulatih.
Membantu penyelidikan, pembangunan, promosi, penilaian, dan dokumentasi program latihan serta infrastruktur.
Kemahiran
Khusus
Memiliki kompetensi dalam bidang hidrografi.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.