Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3151-08
Bandingkan
Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A5 bertanggungjawab kepada Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional dalam melaksanakan tugas-tugas memberikan perkhidmatan trafik udara kepada pengguna-pengguna ruang udara Malaysia (FIR Kuala Lumpur dan FIR Kota Kinabalu) mengikut kaedah-kaedah yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan mengikut kuasa yang diberikan dalam Akta Penerbangan Awam Malaysia (MCAA 1969) dan Peraturan Penerbangan Awam Malaysia (MCAR 1996).
Tugasan
Memberi maklumat penerbangan dan pergerakan pesawat.
Berhubung dengan Unit Kawalan Trafik Udara dan syarikat penerbangan.
Mengurus laporan cuaca, alat pandu arah, dan komunikasi.
Mengambil tindakan kecemasan untuk pesawat bermasalah.
Mencatat dan memasukkan data cuaca ke sistem Automatic Terminal Information Service (ATIS).
Menyediakan flight strip dan merekod statistik penerbangan.
Mengawal pergerakan pesawat di taxiway dan apron.
Menyediakan dan membetulkan laluan penerbangan, mengurus data elektronik.
Memaklumkan Pegawai Kawalan Trafik Udara tentang jangkaan penerbangan.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
Berkebolehan memberikan arahan dengan jelas dan tegas.
Mempunyai pertuturan yang lancar dan tidak gagap.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.