Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2919-03
Bandingkan
Pegawai Siasatan Gred P12
Pegawai Siasatan Gred P12 menjalankan siasatan terhadap kes-kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa melibatkan kepentingan ekonomi dan hasil negara.
Tugasan
Menganalisis, merancang dan menggubal dasar siasatan terbuka yang melibatkan kepentingan ekonomi dan hasil negara, menjalankan siasatan kes rasuah sensitif, meneliti dan menyediakan laporan siasatan.
Merancang, memantau dan menyelia aktiviti Cawangan Perisikan Khas, Cawangan Risik, Cawangan Intip, Cawangan Perlaksanaan Projek, Cawangan Kawalan Zon, Cawangan Perkhidmatan Teknik, dan Cawangan Pentadbiran Perisikan, termasuk pengumpulan maklumat rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.
Merangka dan menerbitkan bahan penerbitan dan pameran anti rasuah bagi program pendidikan masyarakat.
Merancang, melaksanakan, menyelia, menyelaras dan menilai aktiviti cawangan; menjalankan pemeriksaan amalan, sistem dan tatacara badan awam, memberi khidmat nasihat dan pemantauan, serta menyediakan input untuk aktiviti perisikan dan siasatan.
Menganalisis isu dan kajian rasuah antarabangsa untuk tujuan penyelidikan dan perancangan.
Merancang, menyediakan modul dan mengetuai program latihan, kursus Perakaunan Forensik, Pembinaan Forensik, dan Komputer Forensik.
Mengurus keselamatan fizikal, dokumen, peribadi, persenjataan, lokap, pengiringan, perlindungan saksi, kad kuasa, pas keselamatan dan akses pejabat BPR.
Menyelia pengurusan maklumat dan tatatertib, memastikan pengaduan, Corruption Reporting Information System (C-RIS), Talian Bebas Tol (TAP), dan laporan harian Unit Menerima Maklumat (UMM) dikendalikan dengan tepat, serta memantau kes tatatertib pegawai dan kakitangan.
Melaksanakan tugas-tugas berjadual dan diarahkan pegawai atasan, mengurus penugasan pegawai di cawangan/unit serta membantu Ketua Unit dan Ketua Cawangan mengawal selia aktiviti bahagian.
Bertugas sebagai pegawai Parlimen dan menjalankan arahan pihak atasan dari semasa ke semasa.
Kemahiran
Asas
Memiliki ilmu pengetahuan dalam pengurusan latihan dan kursus.
Mempunyai kemahiran berkomunikasi.
Mempunyai kemahiran berunding.
Mempunyai kemahiran mempengaruhi.
Mempunyai kemahiran menulis laporan.
Mempunyai kemahiran untuk menganalisis isu.
Khusus
Memiliki kemahiran pengendalian senjata api dan keselamatan.
Mempunyai kemahiran khusus seperti kejuruteraan, perakaunan, ICT dan sebagainya.
Mempunyai kemahiran menyiasat dan merisik.
Mempunyai kemampuan dalam mengendalikan kes-kes pendakwaan.
Mempunyai pengetahuan berkaitan peraturan, dasar dan undang-undang.
Mempunyai pengetahuan berkaitan tadbir urus.
Merancang dan menyelaras program berkaitan peningkatan kesedaran masyarakat dalam pencegahan rasuah.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.