Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2919-01
Bandingkan
Pegawai Siasatan Gred P9
Pegawai Siasatan Gred P9 menjalankan siasatan terhadap kes-kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa melibatkan kepentingan ekonomi dan hasil negara.
Tugasan
Menjalankan siasatan terbuka, menyelia kertas siasatan, tangkapan, penahanan, perbicaraan serta menyediakan laporan kes.
Bertanggungjawab sebagai Pegawai Siasatan bagi kertas siasatan, risikan, intip, dan projek undercover.
Mengumpul, menganalisis maklumat rasuah, penyelewengan, dan penyalahgunaan kuasa serta merekrut, melatih dan menyelia sumber maklumat.
Merancang, merangka, menyelaras dan menilai program pendidikan masyarakat, penerangan, penerbitan, pameran serta kajian keberkesanan pencegahan rasuah.
Menyediakan kertas cadangan mengenai cadangan- cadangan untuk membuat pemeriksaan ke atas amalan, sistem dan tatacara jabatan kerajaan serta memberi khidmat nasihat dan pemantauan pelaksanaan cadangan.
Menjalankan pendakwaan di Mahkamah, mengurus permohonan sapina, meneliti keputusan Mahkamah dan menyediakan laporan kes bicara.
Menyediakan kertas dasar, perancangan strategik, arahan, panduan, peraturan serta menjalankan penyelidikan sosial dan kajian tahap rasuah.
Mengendali dan menyelaras program latihan, kursus forensik, penyelidikan latihan, program antarabangsa, dan penganjuran konvensyen.
Mengurus keselamatan fizikal, dokumen, saksi, lokap, kad kuasa, pas keselamatan serta pengiring.
Mengurus perolehan, belanjawan, kontrak, laporan, pentadbiran unit serta melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan.
Kemahiran
Asas
Mempunyai kemahiran berkomunikasi.
Mempunyai kemahiran berunding.
Mempunyai kemahiran mempengaruhi.
Mempunyai kemahiran menulis laporan.
Mempunyai kemahiran untuk menganalisis isu.
Khusus
Memiliki ilmu pengetahuan dalam pengurusan latihan dan kursus.
Memiliki kemahiran pengendalian senjata api dan keselamatan.
Mempunyai kemahiran khusus seperti kejuruteraan, perakaunan, ICT dan sebagainya.
Mempunyai kemahiran menyiasat dan merisik.
Mempunyai kemampuan dalam mengendalikan kes-kes pendakwaan.
Mempunyai pengetahuan berkaitan peraturan/dasar/undang-undang.
Mempunyai pengetahuan berkaitan tadbir urus.
Merancang dan menyelaras program-program berkaitan peningkatan kesedaran pencegahan rasuah.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.