Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2912-02
Bandingkan
Pegawai Cukai dan Eksais Kerajaan memastikan cukai dan duti dibayar ke atas pelbagai barangan dan perkhidmatan, termasuk alkohol, tembakau, dan aktiviti permainan dan pertaruhan.
Tugasan
Memberi nasihat tentang hal percukaian kepada syarikat, perkongsian, organisasi dan individu.
Menasihati organisasi, perusahaan dan orang ramai mengenai undang-undang kerajaan, undang- undang dan peraturan-peraturan berkenaan penentuan dan pembayaran cukai, duti dan pengenaan bayaran kerajaan yang lain.
Memeriksa penyata cukai, bil jualan dan lain-lain dokumen yang berkaitan untuk menentukan jenis dan jumlah cukai, dan pekerjaan serta lain-lain jenis yuran yang perlu dibayar.
Menyiasat penyata fail cukai dan rekod-rekod perakaunan, sistem dan kawalan dalaman organisasi untuk memastikan pematuhan kepada undang-undang dan peraturan-peraturan cukai.
Memastikan duti dibayar dan mengawal penyeludupan.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.