- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
29
Profesional Badan Pengawalaturan
Kumpulan Kecil
291
Profesional Badan Pengawalaturan
Kumpulan Unit
2912
Profesional Pegawai Percukaian dan Eksais
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2912-01
Bandingkan
Pegawai Cukai menilai dan mengira liabiliti cukai individu atau perniagaan, memastikan pematuhan dengan akta dan peraturan. Mereka memeriksa penyata cukai, bil jualan dan dokumen berkaitan, mengenal pasti potensi isu atau pengelakan cukai dan memberikan panduan tentang penilaian, audit dan perkara berkaitan cukai. Peranan ini juga melibatkan sokongan inisiatif berasaskan sistem, menjalankan jaminan kualiti dan menyumbang kepada analisis dan pelaporan kewangan untuk pelanggan atau transaksi.
Tugasan
Menyediakan dan mengemukakan penyata cukai bagi individu, syarikat, dan organisasi.
Menyemak penyata kewangan dan dokumen berkaitan untuk menentukan liabiliti cukai dan memastikan pengiraan cukai yang tepat.
Memastikan pematuhan kepada undang-undang cukai Malaysia, peraturan, dan garis panduan Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Melaksanakan audit cukai dengan menyemak pemfailan cukai, rekod perakaunan, dan kawalan dalaman untuk ketepatan dan pematuhan.
Memberi nasihat kepada pengurusan, klien, atau pihak berkepentingan mengenai perkara percukaian dan strategi perancangan cukai yang mematuhi peraturan.
Berurusan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri, klien, dan pihak berkuasa berkaitan bagi tujuan audit, penjelasan, dan pematuhan.
Memantau dan melaksanakan kemas kini berdasarkan perubahan dalam undang-undang dan peraturan cukai.
Mengekalkan rekod, dokumentasi, dan laporan cukai yang tepat selaras dengan piawaian profesional.
Menyelaras tugasan berkaitan cukai dan menyumbang kepada penambahbaikan proses cukai serta komunikasi pihak berkepentingan.
Kemahiran
Asas
Kecekapan dalam Microsoft Office,termasuk Excel,untuk dokumentasi dan pelaporan.
Kemahiran berangka,analitikal dan pemikiran kristis yang kukuh untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
Kemahiran komunikasi,interpersonal dan mendengar secara aktif yang cemerlang.
Kerja berpasukan yang berkesan,pengurusan masa dan kebolehan bekerja secara berdikari.
Perhatian terhadap perincian dan kebolehan mengendalikan maklumat sulit dengan intergriti.
Khusus
Kecekapan dalam penilaian dan mitigasi risiko percukaian.
Kecekapan dalam penyediaan cukai, pematuhan, dan khidmat nasihat perancangan cukai.
Kecekapan dalam perisian pelaporan cukai dan perakaunan seperti Sistem Perakaunan SQL (SQL), Systems Applications and Products (SAP), dan AutoCount.
Keupayaan untuk melaksanakan audit cukai dan menganalisis rekod kewangan bagi tujuan pematuhan.
Keupayaan untuk mengurus urusan dengan pihak berkuasa cukai termasuk audit dan penyelesaian pertikaian.
Pengetahuan dalam harga pindahan, Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), dan cukai pegangan.
Pengetahuan dalam Piawaian Pelaporan Kewangan Antarabangsa (IFRS).
Pengetahuan dalam undang-undang cukai Malaysia, peraturan, dan Akta Cukai Pendapatan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.