- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
28
Profesional Sosial dan Kebudayaan
Kumpulan Kecil
284
Artis Kreatif dan Persembahan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2849-05
Bandingkan
Pegawai Kebudayaan Gred B13
Pegawai Kebudayaan Gred B13 bertanggungjawab terhadap program pembangunan kebudayaan dan kesenian. Memberi nasihat, pandangan dan input kepada YB Menteri dan pengurusan tertinggi kementerian mengenai program pembangunan kebudayaan dan kesenian. Bertanggungjawab dalam merancang, membangun dan melaksanakan aktiviti seni budaya dan teater di Istana Budaya. Pembinaan pembangunan fizikal atau prasarana kebudayaan seperti pembinaan Taman Budaya Negeri dan Perkampungan Budaya yang memberi ruang dan peluang kepada aktivis seni budaya.
Tugasan
Sebagai Ketua Bahagian bagi memimpin dan melaksanakan tanggungjawab berikut:.
Menyelaras, merancang, memantau dan menilai aktivitiseni dan budaya yang merangkumi bantuan kewangan, peralatan dan khidmat nasihat.
Menyelaras dan merancang program seni dan budaya.
Menyelaras dan merancang pengukuhan program pengiktirafan seni.
Menyelaras, merancang dan menilai program melalui aktiviti bengkel, pameran, latihan dan bimbingan serta pengembangan.
Merancang, mengelola dan memastikan semua hal berkaitan dengan pengurusan pentas, artis budaya, projek produksi dijalankan dengan sempurna.
Mengawal perbelanjaan yang berkaitan dengan program dan aktiviti yang melibatkan produksi dan persembahan.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
Berkebolehan memberikan pendapat secara profesional, memberi khidmat nasihat dan mengemukakan hujah dengan baik.
Mempunyai minat yang mendalam dalam menjayakan aktiviti seni dan pementasan dengan sempurna.
Khusus
Berkebolehan membuat analisa mengenai seni dan budaya.
Berkebolehan menulis laporan yang berkualiti.
Berkemahiran dalam bidang fotografi, seni reka pentas dan produk pelancongan tempatan.
Berkemahiran dalam bidang komputer, undang-undang dan kewangan.
Berupaya mengaplikasi bidang kebudayaan dan kesenian dalam pelaksanaan tugas.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.