- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
28
Profesional Sosial dan Kebudayaan
Kumpulan Kecil
284
Artis Kreatif dan Persembahan
Kumpulan Unit
2846
Juruhebah Radio, Televisyen, dan Media Lain
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2846
Bandingkan
Juruhebah Radio, Televisyen, dan Media Lain
Juruhebah Radio, Televisyen, dan Media Lain membaca berita terkini, mengendalikan wawancara dan membuat pengumuman lain di radio, televisyen atau teater dan pertubuhan lain.
Tugasan
Membaca berita terkini, membuat pengumuman lain, dan memberi ulasan sukan dan peristiwa lain di radio atau televisyen.
Memperkenalkan artis yang membuat persembahan atau orang yang diwawancara, dan membuat pengumuman yang berkaitan di radio dan televisyen atau di teater, kelab dan pertubuhan lain.
Mewawancara orang awam, terutamanya di radio dan televisyen.
Mengulas hal sukan, politik, sosial atau ekonomi.
Menyelidik, menyiasat dan menyusun pakej cerita dan program.
Memantau maklumat yang masuk dan berhubung dengan penyunting rangkaian, wartawan, penerbit dan pengarah media, pereka bentuk grafik, jabatan program yang lain serta sumber berita.
Memilih dan menyusun bahan untuk disiarkan.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.