- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
28
Profesional Sosial dan Kebudayaan
Kumpulan Kecil
284
Artis Kreatif dan Persembahan
Kumpulan Unit
2846
Juruhebah Radio, Televisyen, dan Media Lain
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2846-01
Bandingkan
Pemutar Lagu (DJ)
Pemutar Lagu (DJ) mempersembahkan muzik rakaman untuk siaran radio, kelab malam serta acara awam atau persendirian dengan memilih dan mencampurkan trek bagi menghasilkan program muzik yang berterusan dan menarik. Mereka merancang senarai lagu yang sesuai dengan audiens sasaran atau jenis acara, mengurus segmen siaran atau persembahan langsung bagi memastikan peralihan yang lancar serta pengaturcaraan yang tepat pada masanya, dan boleh juga bertindak sebagai pengacara rancangan. Mereka turut menyelia operasi asas sistem bunyi dan peralatan berkaitan serta berinteraksi dengan audiens bagi mengekalkan suasana dan penglibatan penonton.
Tugasan
Menyediakan dan mengendalikan sistem bunyi serta peralatan berkaitan untuk acara atau siaran.
Memilih dan menyusun senarai lagu mengikut audiens sasaran atau jenis acara.
Menggabungkan dan memadankan tempo trek bagi memastikan peralihan muzik yang lancar semasa persembahan.
Memantau respons audiens dan menyesuaikan pemilihan muzik untuk mengekalkan suasana dan penglibatan.
Merancang dan menyemak senarai lagu bagi memastikan peralihan yang lancar serta pengaturcaraan yang tepat pada masanya.
Mengurus segmen siaran langsung, rakaman, atau acara langsung dengan cekap.
Berinteraksi dengan hadirin atau pendengar, termasuk melayani permintaan lagu jika sesuai.
Menyelesaikan masalah teknikal asas dengan segera semasa persembahan.
Kemahiran
Asas
Kebolehan untuk melibatkan dan membaca penonton bagi mengekalkan tenaga dan aliran.
Kemahiran komunikasi,interpersonal yang berkesan untuk berinteraksi dengan pendengar dan tetamu.
Mendengar secara aktif untuk maklum balas kepada permintaan dan memantau kualiti bunyi.
Pengetahuan asas tentang jenis muzik,ritma dan operasi teknikal.
Pengurusan masa untuk memastikan penjadualan dan peralihan yang lancar.
Khusus
Kecekapan dalam memadankan rentak dan mencampurkan trek.
Kecekapan dalam pencampuran bunyi dan penyuntingan audio asas.
Kecekapan dalam perisian Pemutar Lagu (DJ) seperti Serato, Traktor, atau VirtualDJ.
Keupayaan menyesuaikan pemilihan dan gaya muzik mengikut audiens dan acara yang berbeza.
Pengetahuan dalam mengendalikan dan menyelesaikan masalah sistem bunyi, pengadun, dan peralatan audio.
Pengetahuan dalam pengurusan pustaka muzik digital.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.