- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
25
Profesional Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Kumpulan Kecil
253
Profesional Keselamatan Teknologi Maklumat
Kumpulan Unit
2531
Profesional Keselamatan Siber
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2531-08
Bandingkan
Perunding Keselamatan memberi nasihat, mereka bentuk dan melaksanakan langkah-langkah keselamatan untuk melindungi sistem maklumat, rangkaian dan data daripada ancaman siber. Mereka menilai postur keselamatan organisasi, menjalankan penilaian risiko, membangunkan dasar dan strategi keselamatan serta memastikan pematuhan dengan piawaian dan peraturan yang berkaitan. Peranan ini melibatkan penyesuaian penyelesaian keselamatan dengan keperluan organisasi, melaksanakan langkah pencegahan dan kawalan serta menyediakan panduan tentang amalan terbaik merentasi bidang seperti rangkaian, aplikasi, keselamatan awan dan tadbir urus, risiko dan pematuhan.
Tajuk Alternatif
Perunding Keselamatan Maklumat
Tugasan
Menjalankan penilaian keselamatan, audit, dan analisis risiko untuk mengenal pasti kerentanan serta mengurangkan risiko dalam sistem, rangkaian, dan aplikasi Information Technology (IT).
Membangunkan, melaksanakan, dan menyelenggara dasar, prosedur, dan seni bina keselamatan maklumat untuk persekitaran premis dan awan.
Memastikan pematuhan terhadap piawaian, rangka kerja, dan keperluan peraturan keselamatan siber.
Mengenal pasti, menganalisis, dan mengurangkan ancaman keselamatan siber terhadap sistem dan rangkaian.
Bertindak balas terhadap insiden dan pelanggaran keselamatan siber serta menjalankan analisis insiden untuk menentukan punca dan kesan.
Memberi nasihat kepada pihak berkepentingan mengenai strategi keselamatan siber, pengurusan risiko, pematuhan, dan amalan terbaik.
Bekerjasama dengan unit perniagaan untuk mengintegrasikan kawalan keselamatan ke dalam proses dan sistem organisasi.
Menyampaikan latihan dan program kesedaran keselamatan maklumat kepada pekerja dan pihak berkepentingan.
Menyediakan dan membentangkan dokumentasi teknikal, laporan, dan cadangan keselamatan kepada pengurusan.
Kemahiran
Asas
Kemahiran pemikiran analitikal dan penyelesaian masalah untuk menilai risiko dan mencadangkan penyelesaian.
Komunikasi yang berkesan,kemahiran interpersonal dan mendengar secara aktif untuk menyampaikan maklumat teknikal dengan jelas.
Pemahaman yang kukuh tentang prinsip keselamatan maklumat,asas IT,rangkaian sistem dan pangkalan data.
Pemikiran kritis untuk menilai ancaman,keperluan keselamatan dan pematuhan terhadap keperluan peraturan.
Pengurusan masa dan kebolehan bekerja secara berdikari atau bekerjasama di bawah tekanan.
Khusus
Kecekapan dalam alat keselamatan siber, tembok api, pengimbas kerentanan, dan alat forensik.
Keupayaan untuk melaksanakan penilaian keselamatan siber dan analisis strategik bagi perlindungan dan pematuhan organisasi.
Kompetensi dalam kaedah pengesanan pencerobohan, analisis perisian hasad, dan tindak balas insiden.
Kompetensi dalam menjalankan penilaian keselamatan dan analisis kerentanan menggunakan pelbagai rangka kerja.
Kompetensi dalam pengurusan identiti dan akses serta sistem Data Loss Prevention (DLP).
Kompetensi dalam strategi pengurusan dan mitigasi risiko merentasi rangkaian, platform awan, dan aplikasi.
Kompetensi dalam teknik ujian penembusan, penggodaman beretika, dan simulasi ancaman.
Pengetahuan dalam dasar, prosedur, dan rangka kerja tadbir urus keselamatan maklumat.
Pengetahuan dalam pelbagai pensijilan industri dan piawaian.
Pengetahuan dalam proses tindak balas insiden dan prinsip forensik digital.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
2531-01
Eksekutif Keselamatan Siber
2531-02
Pakar Forensik Digital
2531-03
Pegawai Keselamatan Maklumat
2531-04
Juruanalisis Keselamatan Siber
2531-05
Juruanalisis Ujian (Teknologi Maklumat)
2531-06
Jurutera Infrastruktur Keselamatan
2531-07
Penilai Keselamatan Internet
2531-08
Perunding Keselamatan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.