Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2531-01
Bandingkan
Eksekutif Keselamatan Siber bertanggungjawab melindungi sistem komputer, rangkaian dan data daripada ancaman siber. Mereka membangun, melaksanakan dan mengurus langkah-langkah keselamatan, menilai kelemahan sistem dan mengawal akses kepada sistem dan peranti yang disambungkan untuk memastikan operasi yang selamat dan terjamin. Peranan ini termasuk bertindak balas terhadap insiden keselamatan, menyelenggara infrastruktur keselamatan siber, memastikan pematuhan dengan piawaian dan memberi nasihat tentang dasar untuk melindungi aset organisasi.
Tajuk Alternatif
Jurutera Keselamatan Sistem
Tugasan
Memantau, menganalisis, dan mengenal pasti aktiviti mencurigakan serta potensi ancaman dalam sistem Information Technology (IT) dan rangkaian.
Menilai, mengutamakan, dan mengurangkan risiko keselamatan siber melalui penilaian kerentanan dan ujian penembusan.
Mengurus, mengkonfigurasi, dan menyelenggara sistem keselamatan termasuk tembok api, perisian antivirus, dan alat pemantauan.
Bertindak balas terhadap insiden keselamatan siber, menjalankan siasatan, dan melaksanakan analisis forensik digital asas.
Membangunkan, melaksanakan, dan menyelenggara dasar, prosedur, dan amalan terbaik keselamatan siber mengikut keperluan organisasi.
Bekerjasama dengan pasukan IT untuk memastikan infrastruktur dan operasi sistem yang selamat.
Memastikan pematuhan terhadap peraturan, piawaian, dan dasar keselamatan siber organisasi.
Menyediakan dan menyelenggara laporan serta dokumentasi berkaitan insiden keselamatan, aktiviti, dan status sistem.
Kemahiran
Asas
Kebolehan mengurus masa dengan berkesan dan bekerja di bawah tekanan semasa mengendalikan insiden keselamatan.
Kemahiran mendengar secara aktif dan bertutur dengan jelas untuk menyokong penyelarasan dan tindak balas yang berkesan.
Komunikasi lisan dan bertulis yang berkesan untuk bekerjasama dengan pasukan dan melaporkan isu keselamatan dengan jelas.
Pemikiran analitikal yang kuat dan perhatian terhadap perincian untuk mengenal pasti dan menangani risiko keselamatan siber.
Pemikiran kritis dan penyelesaian masalah yang kompleks untuk menganalisis dan menyelesaikan kelemahan sistem.
Khusus
Kecekapan dalam bahasa penskripan untuk automasi keselamatan dan pembangunan peraturan pengesanan.
Kecekapan dalam pelbagai platform pemantauan keselamatan.
Kecekapan dalam pengurusan keselamatan rangkaian, titik akhir, dan tembok api.
Keupayaan untuk menganalisis dan mentafsir data risikan ancaman.
Kompetensi dalam kaedah pengesanan pencerobohan dan analisis perisian hasad.
Kompetensi dalam teknik ujian penembusan, penilaian kerentanan, dan penyiasatan ancaman.
Pengetahuan dalam kaedah penyulitan data dan asas keselamatan aplikasi web.
Pengetahuan dalam pelbagai rangka kerja keselamatan siber.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.