- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
25
Profesional Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Kumpulan Kecil
251
Pembangun dan Juruanalisis Perisian dan Aplikasi
Kumpulan Unit
2519
Pembangun dan Juruanalisis Perisian dan Aplikasi yang Tidak dikelaskan di Mana-mana
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2519-03
Bandingkan
Jurutera Pembelajaran Mesin/Kecerdasan Buatan (AI)
Jurutera Pembelajaran Mesin/Kecerdasan Buatan (AI) mereka bentuk, membangun dan menggunakan kecerdasan buatan dan model pembelajaran mesin untuk menangani masalah dunia sebenar yang kompleks dan menyokong pembuatan keputusan berasaskan data. Peranan ini melibatkan menganalisis set data yang besar dan kompleks, membina dan mengoptimumkan sistem ramalan dan pintar, serta mengintegrasikan model ini ke dalam aplikasi perisian atau persekitaran operasi. Mereka bekerjasama dengan pasukan pelbagai disiplin untuk memastikan penyelesaian AI dilaksanakan dengan berkesan dan sejajar dengan objektif organisasi dan keperluan prestasi.
Tugasan
Mereka bentuk, membina, dan melatih model pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan (AI).
Pralakukan, bersihkan, dan sahkan data dari pelbagai sumber untuk memastikan kualiti bagi pemodelan.
Menganalisis data untuk mendapatkan wawasan dan menyokong pembangunan model.
Menilai, melaras, dan mengoptima prestasi model.
Melancarkan model dalam persekitaran pengeluaran dan pantau operasinya.
Menyediakan dokumentasi mengenai sumber data, model, algoritma, dan metodologi.
Bekerjasama dengan pasukan sains data, kejuruteraan, dan pihak berkepentingan dalam penyelesaian AI.
Mencadangkan dan melaksanakan aplikasi inovatif bagi sumber data dan struktur sedia ada untuk menyokong penyelesaian AI.
Kemahiran
Asas
Kebolehan analitikal,metematik dan penyelesaian masalah yang kuat.
Kemahiran dalam bahasa pengaturcaraan seperti Python atau Java.
Kemahiran komunikasi yang berkesan,mendengar secara aktif dan kerja berpasukan.
Pemikiran kritis dan pemahaman bacaan.
Pengurusan masa dan kebolehan untuk bekerja secara berdikari dan bekerjasama.
Khusus
Kemahiran dalam alat dan platform data besar untuk pemprosesan data berskala.
Kemahiran dalam membangunkan, melatih, dan melancarkan model pembelajaran mesin menggunakan rangka kerja.
Kemahiran dalam mereka bentuk dan mengurus saluran data sambil memastikan kualiti dan tadbir urus data.
Kemahiran dalam Python dan SQL untuk pemprosesan data dan pelaksanaan model.
Keupayaan untuk melaksanakan dan memantau model kecerdasan buatan (AI) dalam persekitaran awan.
Keupayaan untuk mengintegrasikan model pembelajaran mesin dengan API dan alat automasi.
Keupayaan untuk menilai dan mengoptimumkan prestasi model menggunakan metrik dan teknik yang berkaitan.
Kompetensi dalam analisis data, perlombongan data, dan manipulasi untuk mendapatkan wawasan yang boleh digunakan.
Kompetensi dalam mencipta visualisasi data untuk menyampaikan wawasan dengan berkesan.
Pengetahuan dalam asas dan algoritma pembelajaran mesin untuk menyelesaikan masalah perniagaan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.