Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2514-02
Bandingkan
Pengaturcara Sistem mereka bentuk, membangun dan menyelenggara perisian sistem yang membolehkan operasi dan penyepaduan perkakasan dan perisian komputer. Mereka bertanggungjawab untuk mengoptimumkan prestasi sistem, memastikan kebolehpercayaan dan menyelesaikan masalah teknikal yang kompleks bagi mengekalkan kelancaran fungsi infrastruktur pengkomputeran.
Tugasan
Mereka bentuk, membangun dan melaksanakan perisian peringkat sistem serta alat sokongan untuk sistem komputer.
Menulis, menyelenggara dan mengemas kini kod program sistem mengikut spesifikasi teknikal dan piawaian kualiti.
Menyahpepijat, menguji dan mengoptimumkan perisian sistem bagi memastikan kestabilan, kebolehpercayaan dan prestasi.
Menyemak dan menambah baik program sistem sedia ada untuk meningkatkan kecekapan dan memenuhi keperluan operasi.
Bekerjasama dengan pasukan perkakasan, perisian dan rangkaian untuk menyokong penyepaduan sistem dan kelancaran operasi.
Menjalankan percubaan dan ujian pengesahan untuk mengesahkan output, tingkah laku dan prestasi sistem.
Menyelenggara dokumentasi yang jelas dan tepat bagi perisian sistem, konfigurasi dan kemas kini.
Memastikan keselamatan, kebolehpercayaan dan kecekapan operasi sistem.
Kemahiran
Asas
Kemahiran dalam bahasa pengaturcaraan seperi C,C++,Java atau Python.
Komunikasi yang berkesan untuk kerjasama pasukan dan dokumentasi.
pemahaman tentang sistem operasi dan seni bina sistem.
Pemikiran kritis untuk menilai dan manambah baik penyelesaian teknikal.
Penyelesaian masalah yang kompleks dan pemikiran logik.
Khusus
Kecekapan dalam membangunkan antara muka sistem, utiliti dan alat sokongan.
Kecekapan dalam mengkonfigurasi dan menyelenggara persekitaran pembangunan serta alat perisian sistem.
Kemahiran dalam alat kawalan versi dan automasi binaan.
Kemahiran dalam pengaturcaraan peringkat sistem menggunakan bahasa seperti C atau C++.
Keupayaan untuk menyelesaikan masalah, menguji dan menyahpepijat perisian sistem yang kompleks serta isu prestasi.
Pengetahuan dalam pengurusan pangkalan data dan SQL untuk sokongan serta penyepaduan sistem.
Pengetahuan dalam protokol rangkaian dan mekanisme penyepaduan sistem.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.