Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2513-02
Bandingkan
Pembangun Internet/Intranet mereka bentuk, membangunkan dan menyelenggara sistem atau aplikasi berasaskan web untuk kegunaan dalaman atau luaran dengan menggabungkan kemahiran teknikal dan reka bentuk bagi menghasilkan antara muka yang mesra pengguna dan interaktif. Mereka menganalisis keperluan, menterjemahkan keperluan perniagaan kepada penyelesaian teknikal, serta memastikan prestasi, kebolehskalaan dan fungsi laman web serta aplikasi beroperasi dengan baik. Tugas mereka merangkumi penulisan kod, pengujian, penyahpepijatan, pengoptimuman, dan kemas kini berterusan bagi mengekalkan keberkesanan sistem.
Tugasan
Membangunkan dan menyelenggara sistem serta aplikasi berasaskan web untuk kegunaan dalaman atau luaran.
Mereka bentuk antara muka web yang mesra pengguna, responsif, dan mudah diakses.
Menganalisis keperluan pengguna dan perniagaan serta menterjemahkannya kepada penyelesaian teknikal bagi laman web dan aplikasi.
Bekerjasama dengan pereka bentuk, penganalisis, dan pembangun untuk melaksanakan keperluan teknikal dan fungsian.
Menguji, menyahpepijat, dan mengoptimumkan laman web serta aplikasi bagi memastikan prestasi, fungsi, keselamatan, dan kebolehskalaan.
Mengintegrasikan antara muka pengaturcaraan aplikasi (API) pihak ketiga dan perkhidmatan ke dalam aplikasi web.
Mengurus dan menyelenggara pangkalan data aplikasi bagi memastikan ketepatan dan integriti data.
Menyelaras dengan pasukan teknikal berkaitan keperluan pengehosan, keselamatan, dan kawalan akses pengguna untuk aplikasi web.
Mendokumenkan proses pembangunan, spesifikasi teknikal, dan kod untuk rujukan masa hadapan.
Melaksanakan kemas kini berkala, penyelenggaraan, dan sokongan teknikal bagi mengekalkan keberkesanan sistem.
Kemahiran
Asas
Kemahiran analitikal yang kukuh dan penyelesaian masalah yang kukuh untuk mengenal pasti dan menyelesaikan isu teknikal.
Kemahiran dalam HTML,CSS dan JavaScript untuk pembanggunan laman Web.
Komunikasi dan kerja berpasukan yang berkesan untuk bekerjasama antara jabatan.
Memahami reka bentuk responsif dan integrasi front-end /back-end.
Pemikiran kritis untuk menyokong penambahbaikan dan pengoptimuman sistem.
Khusus
Kecekapan dalam alat dan amalan reka bentuk antara muka pengguna dan pengalaman pengguna (UI/UX) untuk aplikasi web yang mudah diakses.
Kecekapan dalam alat dan rangka kerja pengujian aplikasi untuk memastikan kualiti dan kebolehpercayaan sistem.
Kecekapan dalam integrasi antara muka pengaturcaraan aplikasi (API) bagi komunikasi antara sistem dan aplikasi.
Kecekapan dalam pembangunan aplikasi web bahagian hadapan dan bahagian belakang menggunakan bahasa pengaturcaraan dan rangka kerja yang sesuai.
Kecekapan dalam reka bentuk pangkalan data, pembangunan SQL, dan pengoptimuman pertanyaan.
Keupayaan untuk menyahpepijat, menyelesaikan masalah, dan mengoptimumkan prestasi aplikasi web.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.