Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2434-02
Bandingkan
Pakar Teknologi Internet-Perbankan Digital menjual dan mempromosikan produk dan perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi, sambil menyokong pelaksanaan dan penyepaduan penyelesaian ini dalam persekitaran perbankan digital. Peranan ini bertanggungjawab untuk pembangunan, penyelenggaraan dan peningkatan platform perbankan internet dan mudah alih, memastikan sistem selamat, berorientasikan pengguna dan mematuhi keperluan kawal selia. Mereka menyumbang kepada penambahbaikan teknologi yang memperkukuh pengalaman pelanggan dan kecekapan operasi dalam perkhidmatan perbankan digital.
Tugasan
Mereka bentuk, membangunkan, menyelenggara, dan menambah baik sistem perbankan internet dan mudah alih.
Menyepadukan perkhidmatan digital baharu ke dalam platform perbankan digital sedia ada.
Memastikan penyelesaian perbankan digital mematuhi standard keselamatan, kawal selia, dan dalaman.
Menganalisis prestasi sistem dan menyelesaikan isu teknikal dalam platform perbankan digital.
Bekerjasama dengan pasukan keselamatan siber, pematuhan, pembangunan perniagaan, dan pasukan berkaitan untuk menyokong penyelesaian perbankan digital.
Memberi khidmat nasihat kepada pelanggan mengenai produk dan perkhidmatan perbankan digital berdasarkan keperluan mereka.
Menyelaras penghantaran, pemasangan, dan penyediaan perkhidmatan bagi penyelesaian perbankan digital.
Kemahiran
Asas
Kebolehsuaian untuk peralatan digital dan teknologi yang berkembang.
Komunikasi yang berkesan dan bekerjasama dengan pasukan pelbagai fungsi.
Pemikiran kritis dan penyelesaian masalah untuk menangani cabaran teknikal dan perniagaan.
Pendengaram aktif untuk memahami keperluan pelanggan dan pihak berkepentingan.
Perhatian terhadap butiran dan kebolehan untuk bekerja secara berdikarai atau dalam pasukan.
Khusus
Kecekapan dalam membangunkan dan menyelenggara aplikasi perbankan digital.
Kecekapan dalam mengurus dan membuat pertanyaan pangkalan data.
Kecekapan dalam teknologi web dan rangka kerja.
Keupayaan untuk menganalisis data sistem dan pelanggan bagi menyokong keputusan perniagaan dan operasi.
Kompetensi dalam amalan DevOps bagi integrasi berterusan, penempatan, dan kebolehpercayaan sistem.
Kompetensi dalam pengurusan produk bagi penyelesaian perbankan digital dari perancangan hingga pelaksanaan.
Pengetahuan dalam keselamatan siber, perlindungan data, dan pematuhan pengurusan identiti digital.
Pengetahuan dalam peraturan kewangan, termasuk garis panduan Bank Negara Malaysia (BNM), bagi penyelesaian teknologi perbankan digital.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.