Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2361-02
Bandingkan
Guru Bahasa Gred DG9
Guru Bahasa Gred DG9 bertanggungjawab memberi syarahan, tutorial, menjalankan penyelidikan dan menghasilkan penerbitan, menyelia projek tesis, mengurus kerja-kerja amali, tutorial, menyediakan nota-nota kuliah/ manual makmal, mengendalikan urusan peperiksaan, mengawasi kerja- kerja latihan praktik pelajar, membantu menyemak/ menyediakan kurikulum/ silibus melibatkan diri dalam kerja-kerja penyelidikan dan menjalankan usaha-usaha pembangunan pelajar.
Tugasan
Menyumbang kepada penyelidikan dan penerbitan untuk memperluaskan bidang pengetahuan dan menyumbang kepada aktiviti pengajaran yang lebih berkesan.
Mengendalikan pengajaran sebagai tugas rasmi/hakiki staf, termasuk penyeliaan projek tahun akhir dan latihan amali.
Menjalankan tugas mengajar mengikut jadual dan beban tugas pengajaran yang ditetapkan, penyediaan dan pemeriksaan skrip peperiksaan, pengawasan peperiksaan, bersedia menjadi penasihat kepada pelajar dalam hal akademik.
Mengambil bahagian dalam kepimpinan akademik, pengiktirafan dan sanjungan, termasuk meraih anugerah akademik, penilaian tesis, artikel, jurnal kenaikan pangkat, penilai kertas kerja, penglibatan dalam persatuan akademik dan profesional, syarahan undangan, ucap utama, dilantik sebagai ahli lembaga penyunting jurnal dan sebagainya.
Memberikan khidmat perundingan dalam bidang kepakaran melalui pelantikan untuk menyelesaikan masalah tertentu, termasuk perundingan berbayar atau tidak berbayar, dan projek khidmat masyarakat.
Terlibat dalam khidmat kepada universiti melalui jawatan pentadbiran termasuk Dekan/ Pengarah, Timbalan Dekan/ Timbalan Pengarah/ Ketua Jabatan/ Pengerusi/ Penyelaras, atau keupayaan/ kepakaran individu.
Menjalankan khidmat kepada masyarakat di luar universiti, khususnya dalam bidang/aktiviti bukan akademik.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis.
Berkebolehan memberi khidmat nasihat dan mengemukakan hujah dengan baik.
Berkebolehan memberikan pendapat secara profesional.
Khusus
Berkebolehan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.
Berkebolehan menulis artikel, jurnal dan bahan penerbitan.
Berkemahiran dalam pelbagai perisian komputer berkaitan penyelidikan serta kaedah pengajaran dan pembelajaran.
Berpengetahuan luas dalam bidang penyelidikan dan inovasi.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.