Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2361
Bandingkan
Guru Bahasa
Guru Bahasa merancang, menyediakan dan mengatur aktiviti program bahasa.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Menyelaras semua aktiviti-aktiviti program bahasa termasuk memilih peserta, mengajar, menilai peserta-peserta kursus, di samping membuat kajian dan penyelidikan bagi keperluan latihan.
Merancang, menyediakan dan menyampaikan pengajaran menurut kelas dan kelompok umur.
Menyemak dan menyediakan maklum balas yang sesuai tentang kerja lisan dan bertulis.
Merangka dan menulis bahan baru.
Terlibat dalam aktiviti sosial dan kebudayaan.
Melaksanakan pengajaran sebagai guru bebas secara satu guru-satu pelajar.
Menjalankan kursus pakar bagi orang dewasa atau ahli perniagaan yang mungkin memerlukan pengetahuan istilah saintifik, teknikal, atau komersil.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.