- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
22
Profesional Kesihatan
Kumpulan Kecil
222
Profesional Kejururawatan dan Perbidanan
Kumpulan Unit
2221
Profesional Kejururawatan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2221-04
Bandingkan
Jururawat Gred U9 bertanggungjawab melaksanakan tugas perawatan dan penjagaan pesakit, pendidikan dan promosi kesihatan, pengawalan dan keselamatan pesakit, peralatan dan ubat-ubatan yang digunakan serta tugas-tugas pengurusan, perancangan, latihan dan penyelidikan bagi meningkat dan mengawal mutu perkhidmatan kejururawatan.
Tugasan
Pemantauan Kejururawatan.
Mengawal selia perawatan dengan melakukan rondaan ke wad/ klinik/ unit berjadual untuk memantau keberkesanan perawatan, peralatan dan keselamatan pelanggan.
Mengawal selia perawatan dengan melakukan rondaan ke wad/ klinik/ unit berjadual untuk memantau keberkesanan perawatan, peralatan dan keselamatan pelanggan.
Memperkukuhkan amalan kejururawatan, program perubatan dan latihan.
Merancang perkhidmatan kejururawatan dan perawatan selari dengan aliran sains dan teknologi juga konsep terkini.
Menyelia pembentukan dan pembangunan kerjaya kejururawatan melalui latihan dan kursus dalam perkhidmatan, penyelidikan dan pembangunan.
Merancang lawatan penyeliaan untuk memastikan amalan kejururawatan dijalankan mengikut piawaian.
Menyelaras program Quality Assurance di peringkat hospital, mengenal pasti kawasan yang mengalami kelemahan dalam kualiti dan mengambil tindakan pembaikan serta penyediaan laporan.
Kawalan infeksi - memastikan semua anggota kejururawatan mendapat latihan dalam kawalan infeksi serta memantau dan menilai keberkesanan kawalan infeksi di hospital.
Merancang dan menyelaras Latihan kursus yang diperlukan oleh anggota Kejururawatan di peringkat hospital.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.