Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2222
Bandingkan
Profesional Perbidanan
Profesional Perbidanan menyambut bayi lahir, menyediakan penjagaan antenatal dan postnatum, dan memberi nasihat kepada ibu bapa tentang penjagaan bayi.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Memberi nasihat kepada ibu hamil tentang diet yang betul, senaman dan tingkah laku untuk memudahkan kehamilan dan kelahiran bayi, dan mengambil berat tentang kesihatan dan perkembangan umum mereka.
Menyambut bayi lahir, atau sering kali membantu doktor menyambut bayi.
Membuat penilaian kemajuan wanita mengandung dan melahirkan anak, serta menguruskan sebarang komplikasi dan mengenalpasti tanda-tanda yang memerlukan rujukan kepada doktor perubatan yang mempunyai kemahiran khusus dalam obstetrik.
Memantau status kesihatan bayi yang baru lahir, menguruskan komplikasi dan mengenalpasti tanda-tanda yang memerlukan rujukan kepada doktor perubatan dengan kemahiran khusus dalam neonatologi.
Memantau kesakitan dan ketidakselesaan yang dialami oleh wanita semasa proses kelahiran dan mengurangkan kesakitan menggunakan pelbagai terapi, termasuk penggunaan ubat penahan sakit.
Menjaga ibu dalam tempoh postnatum untuk menyelia pemulihan mereka, memeriksa perkembangan bayi, dan menasihati ibu bapa tentang penjagaan bayi.
Mengendalikan kelas pendidikan kesihatan dan seminar untuk meningkatkan kesihatan ibu dan bayi.
Melaporkan kelahiran kepada pihak berkuasa kerajaan.
Menjalankan penyelidikan ke atas amalan dan prosedur perbidanan dan menghebahkan penemuan melalui kertas saintifik dan laporan.
Merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan perbidanan di klinik dan dalam komuniti.
Memberi nasihat dan kaedah bagi mencegah kehamilan.
Mengambil bahagian dalam penggubalan dan pelaksanaan undang-undang dan peraturan kesihatan awam untuk menjaga dan meningkatkan kesihatan komuniti.
Menyediakan dokumen dan laporan saintifik.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.