Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2134-03
Bandingkan
Ahli Fisiologi mengkaji fungsi dan mekanisme organisma hidup, menyiasat bagaimana organ, sistem dan tisu beroperasi dalam keadaan normal dan patologi. Seorang ahli fisiologi menjalankan penyelidikan ke atas manusia, haiwan atau tumbuhan untuk memahami proses fisiologi, menganalisis tindak balas terhadap penyakit, hormon, ubat-ubatan atau faktor persekitaran dan membangunkan atau menambah baik konsep, teori dan protokol rawatan atau pengurusan. Kerja mereka menyokong kesihatan, sains veterinar, pertanian dan kesihatan awam dengan memajukan pengetahuan tentang fungsi biologi dan memaklumkan aplikasi praktikal.
Tugasan
Mereka bentuk dan menjalankan eksperimen makmal dan lapangan untuk mengkaji proses fisiologi dalam manusia, haiwan dan tumbuhan.
Mengkaji struktur, fungsi dan interaksi organ, tisu, sel, kelenjar dan sistem biologi dalam keadaan normal dan tidak normal.
Menganalisis data fisiologi dan biologi yang berkaitan untuk memahami fungsi dan proses organisma hidup.
Menyiasat asas fisiologi, punca dan perkembangan penyakit serta gangguan dalam keadaan normal dan patologi.
Mengkaji kesan ubat-ubatan, hormon dan bahan lain terhadap tisu, organ dan fungsi fisiologi bagi menyokong penambahbaikan rawatan atau ubat.
Memantau dan mentafsir penunjuk fisiologi, termasuk fungsi kardiovaskular, pernafasan, neurologi dan metabolik, untuk tujuan penyelidikan atau aplikasi.
Mengaplikasikan pengetahuan fisiologi dan dapatan penyelidikan dalam konteks perubatan, veterinar, pertanian dan alam sekitar.
Bekerjasama dengan profesional kesihatan, doktor veterinar, saintis dan pakar lain dalam persekitaran penyelidikan atau klinikal.
Menyediakan laporan saintifik, kertas penyelidikan dan dokumentasi teknikal, serta membentangkan dapatan penyelidikan kepada khalayak profesional.
Menggunakan alat berkomputer dan teknik analisis untuk menyimpan, memproses dan mentafsir data fisiologi.
Kemahiran
Asas
Kebolehan untuk bekerja secara berdikari dan kolaboratif dalam pasukan pelbagai displin.
Kemahiran dalam teknik makmal ,pengumpulan serta tafsiran data.
Keupayaan analitikal ,penyelidikan dan penyelesaian masalah yang kukuh.
Komunikasi berkesan ,mendengar secara aktif dan kemahiran interpersonal.
Pemikiran kritis dan perhatian terhadap perincian.
Khusus
Kecekapan dalam analisis statistik dan data fisiologi menggunakan perisian.
Kecekapan dalam biologi molekul, biokimia, immunoasai, asai hormon dan teknik diagnostik khusus yang berkaitan dengan fisiologi.
Kecekapan dalam mengendalikan peralatan makmal khusus dan peralatan pemantauan fisiologi.
Keupayaan untuk mentafsir maklumat fisiologi, klinikal dan bioteknologi bagi penyelidikan dan penyelesaian masalah gunaan.
Kompetensi dalam dokumentasi saintifik, pelaporan teknikal dan pembentangan penyelidikan.
Kompetensi dalam kaedah penyelidikan makmal, lapangan dan fisiologi.
Pengetahuan dalam pengurusan kualiti, keselamatan makmal dan pematuhan etika dalam penyelidikan dan amalan fisiologi.
Pengetahuan dalam sistem manusia, haiwan, tumbuhan dan fisiologi dalam keadaan normal dan patologi.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.