- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
1
Pengurus
Kumpulan Sub-Utama
13
Pengurus Pengeluaran dan Pembuatan
Kumpulan Kecil
131
Pengurus Pengeluaran
Kumpulan Unit
1312
Pengurus Pengeluaran Akuakultur dan Perikanan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
1312
Bandingkan
Pengurus Pengeluaran Akuakultur dan Perikanan
Pengurus Pengeluaran Akuakultur dan Perikanan merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras operasi pengeluaran berkaitan akuakultur dan perikanan untuk menangkap dan memproses ikan atau kerangan, dan untuk membiak baka ikan, kerangan atau hidupan akuatik lain sebagai hasil tangkapan, atau untuk pelepasan ke dalam air tawar atau air masin.
Tugasan
Merancang dan melaksanakan dasar dan undang-undang.
Merancang, mengarah dan menyelaras aktiviti berhubung dengan pengeluaran akuakultur dan perikanan bagi memenuhi permintaan pasaran.
Menjalankan dan mengelolakan pemeriksaan stok akuakultur atau perikanan untuk mengenal pasti penyakit atau parasit.
Merangka dan menyelaras aktiviti bagi meningkatkan kadar pertumbuhan penetasan ikan dan untuk mencegah jangkitan semasa penetasan.
Memantau persekitaran kawasan hidupan akuatik bagi memastikan ia dalam keadaan baik.
Mengarah dan memantau pengurungan dan pembiakan ikan, pembiakan telur, dan mengaplikasikan pengetahuan teknik pengurusan dan pengkulturan ikan.
Memastikan sumber digunakan dengan cekap dan kuota pengeluaran dipenuhi.
Merancang dan mengurus operasi harian.
Menyediakan anggaran bajet dan mengawal perbelanjaan.
Menentukan dan mengarah prosedur operasi dan pentadbiran.
Memantau pengaplikasian prosedur keselamatan kerja dan yang berkaitan.
Memantau pemilihan, latihan dan prestasi kakitangan.
Berunding dengan pembekal, pelanggan dan organisasi lain.
Mengurus, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
1312-01
Pengurus Pengeluaran/Operasi Akuakultur dan Perikanan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.