Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
1111-01
Bandingkan
Penggubal Undang-Undang
Penggubal Undang-Undang merujuk kepada kumpulan pemimpin politik yang berperanan dalam penggubalan undang-undang, perumusan dasar serta pentadbiran di peringkat persekutuan dan negeri. Mereka bertanggungjawab memastikan dasar kerajaan dirancang, dilaksanakan dan dinilai dengan berkesan, di samping mewakili kepentingan rakyat dalam proses perundangan dan pentadbiran. Peranan ini juga merangkumi pengawasan terhadap perjalanan persidangan, memastikan pematuhan kepada perlembagaan serta menjamin kelancaran sistem pemerintahan demi kesejahteraan negara dan rakyat.
Tugasan
Mengetuai atau mengambil bahagian dalam prosiding badan perundangan dan pentadbiran kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri.
Menentukan, merumus dan mengarahkan dasar awam serta strategi kerajaan.
Menggubal, meneliti, meminda dan meluluskan undang-undang serta peraturan dalam rangka perlembagaan.
Mengawasi pelaksanaan dan menilai keberkesanan dasar serta program kerajaan.
Berkhidmat dalam lembaga, majlis atau jawatankuasa rasmi kerajaan.
Mewakili serta menjaga kepentingan rakyat dan kawasan yang diwakili.
Menyiasat isu-isu awam dan menangani perkara berkepentingan nasional atau tempatan.
Mentadbir serta menyumbang kepada tadbir urus di peringkat negeri atau persekutuan termasuk peranan sebagai penasihat.
Memastikan pematuhan kepada perlembagaan serta menjaga ketertiban dalam prosiding perundangan.
Memudah cara perbahasan, proses membuat keputusan dan kelancaran perjalanan badan legislatif.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.