- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
1
Pengurus
Kumpulan Sub-Utama
11
Ketua Eksekutif, Pegawai Kanan, dan Penggubal Undang-Undang
Kumpulan Kecil
111
Penggubal Undang-Undang dan Pegawai Kanan
Kumpulan Unit
1113
Orang Besar Istana, Ketua Adat dan Ketua Kampung
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
1113
Bandingkan
Orang Besar Istana, Ketua Adat dan Ketua Kampung
Orang Besar Istana ialah pembesar yang dilantik oleh Sultan atau Raja Pemerintah untuk menjalankan tugas berkaitan adat, istiadat, dan urusan istana dalam sistem kesultanan. Peranan ini menghormati tradisi warisan Melayu dan bersifat kehormatan serta tradisional.
Ketua Adat dan Ketua Kampung menjalankan pelbagai tugas perundangan, pentadbiran, dan adat istiadat yang ditentukan melalui tradisi turun-temurun serta melalui pembahagian hak dan tanggungjawab antara ketua kampung dengan pihak berkuasa tempatan, wilayah, dan persekutuan.
Tugasan
Bertanggungjawab menjalankan tugas sebagai pegawai perantaraan untuk menyebar maklumat pentadbiran negeri, dasar-dasar kerajaan, dan menganjur pembangunan masyarakat di peringkat mukim.
Memberi fokus pada aspek pembangunan, pentadbiran, keagamaan dan kebudayaan di peringkat mukim.
Menyelesaikan perselisihan antara penduduk komuniti atau kampung.
Mendisiplinkan penduduk komuniti atau kampung yang melanggar peraturan dan adat.
Menjalankan tugas adat istiadat berhubung dengan kelahiran, perkahwinan, kematian, menuai, dan pesta tradisi yang lain.
Mewakili komuniti atau kampung dalam majlis tempatan atau wilayah.
Menyampaikan arahan kepada komuniti atau kampung tentang peraturan kerajaan.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.