Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
0211
Bandingkan
Pegawai Tugas Am (TLDM)
Pegawai Tugas Am (TLDM) bertanggungjawab untuk merancang, melatih, memantau dan menyelia bagi menentukan kesediaan Armada TLDM dalam menghadapi ancaman di paras permukaan dan peperangan bawah permukaan.
Tugasan
Memperlengkapkan pengetahuan berhubung dengan teknologi peperangan maritim sejajar dengan perkembangan kekuatan armada.
Memastikan anggota bawahannya sentiasa bersedia dengan kemahiran dan pengetahuan terkini terhadap perkembangan teknologi aset-aset.
Memastikan aset-aset TLDM sentiasa diselenggara dan bersedia untuk diatur gerak sebilang masa
Melatih anggota-anggota bawahannya mengenai strategi-strategi ilmu peperangan dan pertahanan negara
Mengkoordinasikan keperluan bagi membantu pihak berkuasa awam dalam menentukan ketenteraman awam
Dan merancang keupayaan Armada bagi menjadikan angkatan laut yang kredibel dan relevan
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.