Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
03
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bertanggungjawab mempertahankan kedaulatan dan keutuhan ruang angkasa Malaysia serta kepentingannya melalui penggunaan kuasa udara yang berkesan. Matlamat TUDM secara menyeluruh ialah untuk menyediakan, mengendali dan menggerakkan satu Angkatan Udara yang sentiasa siap siaga dan berkemampuan untuk menonjolkan kekuatan kuasa udara demi memelihara dan menjaga kepentingan negara. Selain daripada itu, TUDM juga berperanan membantu pihak berkuasa awam di dalam memulih dan memelihara ketenteraman awam, penguatkuasaan undang-undang ruang angkasa Malaysia, menentang ancaman luaran atau dalaman.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.