Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
9332
Bandingkan
Pemandu Kenderaan dan Jentera Tarikan Haiwan
Pemandu Kenderaan dan Jentera Tarikan Haiwan memandu kenderaan yang ditarik oleh haiwan untuk mengangkut penumpang atau barang yang biasanya berkaitan dengan perladangan.
Tugasan
Memasang abah-abah pada haiwan dan mengikatnya pada kenderaan atau jentera.
Memuatkan atau memunggah barang, atau membantu penumpang naik atau turun dari kenderaan.
Memandu haiwan mengikut arah yang dikehendaki dengan mengambil kira trafik dan peraturan jalan raya.
Mengutip tambang atau bayaran.
Memandu haiwan untuk menarik gerabak di lombong atau kuari.
Memandu haiwan yang diikat pada jentera ladang atau jentera lain.
Memandu gajah yang bekerja.
Menyelenggara kenderaan atau jentera, membuat kerja baik pulih yang mudah, dan memasang bahagian ganti.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.