Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
9311
Bandingkan
Buruh Perlombongan dan Perkuarian
Buruh Perlombongan dan Perkuarian menjalankan tugas yang mudah dan rutin yang berkaitan dengan operasi perlombongan dan perkuarian.
Tugasan
Membasuh tolok pada palung untuk mendapatkan pekatan timah dengan menggunakan dulang.
Menyelenggara atau membina pemasangan bawah tanah.
Mengalihkan sokongan kayu dan keluli dari kawasan kerja yang tidak digunakan di lombong dan kuari.
Memuatkan, mengalihkan, mengasingkan, dan menyusun bahan dan bekalan.
Menggali kapur, tanah liat, kelikir, atau pasir dari lubang yang terbuka.
Membuang pelbagai halangan seperti yang diarahkan.
Menjalankan tugas yang berkaitan
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.