Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
9129
Bandingkan
Pekerja Pencucian Lain yang Tidak Dikelaskan di Mana-mana
Kumpulan Unit ini merangkumi Pekerja Pencucian Lain yang Tidak dikelaskan di Mana-mana dalam Kumpulan Kecil 912: Pencuci Kenderaan dan Tetingkap, Pekerja Dobi, dan Pekerja Pencucian Tangan yang Lain. Sebagai contoh, kumpulan ini termasuk pekerja kelengkapan dandanan diri, pekerja pencucian, pencuci permaidani dan pencuci kolam renang.
Tugasan
Membersihkan tingkap, bahan, dinding, kolam renang, dan menara pendinginan dan objek seperti permaidani dengan menggunakan kelengkapan dan pencuci kimia yang khas.
Memilih dan menggunakan agen pencuci untuk menghapuskan kesan kotoran.
Membersihkan dinding batu, permukaan dan fasia logam dengan menggunakan pencuci air tekanan tinggi dan pelarut.
Menggunakan kaedah kimia dan pencucian tekanan tinggi untuk menghapuskan mikroorganisma daripada sistem air dan penurasan, serta menggunakan vakum basah dan kelengkapan penyedut lain untuk menyedut kerak, kotoran yang terkumpul, dan enapan lain di kolam renang dan di komponen dan saliran menara pendinginan.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.