Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
8161
Bandingkan
Operator Mesin Produk Makanan dan yang Berkaitan
Operator Mesin Produk Makanan dan yang Berkaitan mengendalikan dan mengawasi mesin yang digunakan untuk menyembelih binatang, memproses daging, memproses makanan dan produk yang berkaitan, dan memproses tembakau.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Mengendalikan mesin yang digunakan untuk menyembelih haiwan dan memotong haiwan sembelihan atau ikan kepada potongan standard.
Mengendalikan mesin yang mempasteur, menghomogen, dan mengolah haba susu dan krim.
Mengendalikan jentera yang digunakan untuk pengeluaran tepung, makanan dan makanan haiwan, dan juga untuk memproses padi.
Mengendalikan mesin yang menggaul dan mengadun tepung dengan ramuan lain untuk menyediakan doh bagi membuat roti, pastri, pasta, mi, dan produk yang berkaitan.
Mengendalikan mesin yang mengekstrak jus daripada buah-buahan dan sayur-sayuran melalui pemanasan atau pemprosesan.
Mengendalikan mesin yang memerah tebu atau mengekstrak cecair daripada bit gula.
Mengendalikan mesin yang memproses barli dan bijian lain yang digunakan untuk membuat arak suling dan malt, dan mengawal proses penapaian.
Mengendalikan mesin yang memproses tembakau dalam penyediaan membuat rokok, cerut dan produk tembakau yang lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.