Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
8141
Bandingkan
Operator Mesin Produk Getah mengendalikan dan mengawasi mesin yang menguli dan mengadun getah dengan sebatian getah, dan menghasilkan pelbagai komponen dan produk daripada getah asli dan tiruan seperti kasut teracu, barangan rumah, bahan penebat, aksesori perindustrian, atau tayar basikal, kereta, traktor, pesawat udara dan kenderaan lain.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Mengendalikan dan mengawasi mesin yang menguli, mencampur, dan mengadun getah dengan sebatian getah untuk pemprosesan selanjutnya.
Mengendalikan dan mengawasi mesin yang mengeluarkan kepingan getah atau fabrik bersalut getah melalui proses penggelekan.
Mengendalikan dan mengawasi mesin yang menyemperit getah tercampur atau membentuk getah yang divulkan melalui pengacuan.
Mengendalikan dan mengawasi mesin yang membuat tayar mengikut bentuk, memvulkan tayar, dan mencelup atau membuat semula tayar terpakai.
Mengendalikan dan mengawasi mesin yang mengeluarkan produk getah seperti hos, beg udara, busa getah untuk kusyen dan tilam, cap getah, dan sebagainya.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.