- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
8
Operator Mesin dan Loji, Dan Pemasang
Kumpulan Sub-Utama
81
Operator Mesin dan Loji Pegun
Kumpulan Kecil
813
Operator Mesin dan Loji Produk Kimia dan Fotografi
Kumpulan Unit
8131
Operator Mesin dan Loji Produk Kimia
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
8131
Bandingkan
Operator Mesin dan Loji Produk Kimia
Operator Mesin dan Loji Produk Kimia mengawasi dan mengendalikan unit dan jentera untuk mengadun, mencampur, memproses, dan membungkus pelbagai jenis produk kimia.
Tugasan
Mengeset, menghidupkan, mengawal, melaraskan, dan menghentikan mesin dan loji.
Mengawasi proses tindak balas dan memindahkan produk dengan mematuhi prosedur keselamatan.
Mengawasi meter, tolok, dan peralatan elektronik bagi satu bahan kimia atau lebih.
Mengawasi unit perumusan seperti pembancuh, cerek, pengisar, pengering, mesin pembuat tablet, pengkapsulan, pembutiran dan penyalutan.
Mengukur, menimbang dan memasukkan ramuan kimia mengikut kad rumusan.
Mengambil sampel dan menjalankan ujian kimia dan fizikal secara rutin, dan merekodkan data pengeluaran.
Membersihkan dan menjalankan pembaikan kecil ke atas mesin dan loji.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.