Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
8121
Bandingkan
Operator Loji Pemprosesan Logam
Operator Loji Pemprosesan Logam mengendalikan dan mengawasi relau pelebur bijih, relau penukar dan penghalus logam, mesin penggelek logam, dan loji pengolahan haba logam atau penyemperitan logam.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Mengendalikan dan mengawasi mesin penggelek untuk membentuk keluli panas atau sejuk mengikut bentuk untuk pemprosesan selanjutnya, atau mengikut bentuk akhir.
Mengendalikan dan mengawasi mesin penggelek untuk membuat atau membentuk logam bukan ferus panas atau sejuk kepada bentuk tertentu, seperti plat, kepingan, atau kerajang.
Menuang logam lebur ke dalam acuan serta mengendalikan dan mengawasi mesin tuang.
Memerhatikan tolok, meter, cetakan komputer, monitor video dan produk untuk memastikan operasi yang betul.
Mengesahkan keadaan pemprosesan yang ditetapkan.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.