Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
7313-05
Bandingkan
Pengukir Barang Kemas mencipta reka bentuk, tulisan dan corak terperinci pada cincin, rantai leher, gelang dan barang kemas lain. Mereka mentafsir spesifikasi reka bentuk, merancang susun atur dan menggunakan alatan tangan untuk mengukir dan memperhalusi butiran hiasan atau huruf, memastikan ketepatan dan kualiti pada kepingan siap.
Tugasan
Mentafsir spesifikasi reka bentuk dan lakaran untuk ukiran.
Memilih dan menyediakan bahan untuk ukiran.
Mengukir atau meng etsa reka bentuk pada perhiasan menggunakan alat dan teknik khusus.
Mengendalikan alat dan mesin ukiran dengan selamat dan cekap.
Memastikan ketepatan dan kualiti tinggi pada hasil ukiran.
Menggilap dan menyelesaikan sentuhan akhir pada perhiasan yang diukir.
Menyelenggara dan membersihkan peralatan ukiran.
Kemahiran
Asas
Kebolehan artistik.
Kebolehan mentafsir spesifikasi reka bentuk.
Ketangkasan manual.
Ketelitian terhadap perincian.
Pemikiran kritis dan pengurusan masa.
Khusus
Kebolehan mengendalikan dan mengukir pelbagai logam dan bahan.
Kemahiran dalam mengendalikan alat dan mesin ukiran.
Pengetahuan tentang pelbagai teknik ukiran.
Pengetahuan tentang protokol keselamatan dalam proses ukiran.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.