Versi Lama
Carian Terkini
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
7113
Bandingkan
Tukang Batu, Pemotong Batu, Pemecah Batu, dan Pengukir Batu
Tukang Batu, Pemotong Batu, Pemecah Batu, dan Pengukir Batu memotong dan membentuk blok batu keras dan lembut serta bidur untuk pembinaan dan penyelenggaraan struktur batu dan batu monumen, serta mengukir corak dan rajah pada batu.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Membawa baji ke kawasan batu kuari untuk memecahkannya menjadi bidur atau blok.
Memilih dan menggred bidur dan blok daripada granit, marmar, dan batu lain.
Memotong, membentuk, dan mengemaskan batu bangunan dan monumen seperti granit atau marmar dengan menggunakan tangan atau peralatan yang menggunakan tangan.
Membuat corak dan menandakan bentuk pada batu untuk digergaji, diketam, digerudi, dan membuat kemasan dan pemotongan yang lain.
Memotong dan mengukir huruf, rajah, atau corak pada blok batu yang digunakan untuk monumen atau tanda peringatan.
Mengatur batu dalam mendirikan monumen dan tanda peringatan.
Menjalankan kerja pemeriksaan, servis dan senggaraan (berdasarkan bidang atau pengkhususan masing-masing).
Membaik pulih dan menggantikan batu pada bangunan lama, gereja dan monumen.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.