Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
6331
Bandingkan
Peladang Tanaman dan Ternakan Campuran Berorientasikan Sara Diri
Peladang Tanaman dan Ternakan Campuran Berorientasikan Sara Diri menanam dan menuai tanaman ladang, pokok, dan pelbagai tanaman campuran, sayuran dan buah-buahan hutan, herba dan pokok lain, memburu atau menangkap haiwan, atau menangkap ikan dan memungut pelbagai jenis hidupan akuatik bagi tujuan mendapatkan makanan, tempat tinggal dan pendapatan yang minimum untuk diri sendiri dan isi rumah.
Tugasan
Menentukan jenis dan jumlah ternakan dan produk ternakan yang hendak dihasilkan, dan jumlah tanaman yang hendak ditanam.
Membeli haiwan, mengeluarkan, dan membeli makanan binatang dan bekalan lain.
Membeli benih, baja dan bekalan lain.
Menjalankan operasi seperti penyediaan tanah, penyemaian, penanaman, penggemburan, dan penuaian tanaman.
Membiak baka, menternak, dan menjaga ternakan.
Memerah susu, menyembelih dan menguliti haiwan, menyediakan haiwan atau produk haiwan untuk pasaran.
Menyimpan dan menjalankan beberapa pemprosesan asas terhadap hasil tanaman dan ternakan.
Menghantar atau memasarkan produk ladang.
Menjual sebahagian produk di pasaran dalaman.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.