Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
6311
Bandingkan
Peladang Tanaman Berorientasikan Sara Diri
Peladang Tanaman Berorientasikan Sara Diri menanam dan menuai hasilan ladang atau pokok dan pokok renek, sayuran dan buah-buahan bagi tujuan mendapatkan makanan, tempat tinggal dan pendapatan yang minimum untuk diri sendiri dan isi rumah.
Tugasan
Menentukan jenis dan jumlah tanaman yang hendak ditanam.
Membeli benih, baja, dan bekalan lain.
Menjalankan operasi seperti penyediaan tanah, penyemaian, penanaman, penggemburan, dan penuaian tanaman.
Menanam sayuran, buah-buahan dan pokok renek, dan pokok lain.
Menjual sebahagian hasilan di pasaran dalaman.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.