Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
5322
Bandingkan
Pekerja Penjagaan Diri di Rumah
Pekerja Penjagaan Diri di Rumah menyediakan rutin penjagaan peribadi dan membantu dalam aktiviti harian kepada mereka yang memerlukan disebabkan oleh faktor penuaan, penyakit, kecederaan, atau lain-lain keadaan fizikal atau mental di rumah-rumah persendirian dan lain- lain persekitaran kediaman.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Membantu tugas seharian seperti menyediakan makanan, mengingatkan pengambilan ubatan, mencuci pakaian, membuat kerja pengemasan yang ringan, memungut dan menghantar barang, membeli-belah, menguruskan pengangkutan, dan menemani pelanggan.
Memandikan, memakaikan baju dan mengalihkan pesakit, membantu pesakit menggunakan tandas, dan membantu pesakit makan dan berjalan.
Meringankan kerja rumah, menyediakan makanan, mengambil ubatan, membeli-belah barangan dapur dan pakaian, menggunakan telefon dan menguruskan wang yang membolehkan pesakit hidup berdikari dalam masyarakat.
Membantu orang tua dan kurang upaya dalam aktiviti kehidupan harian di rumah pelanggan atau di pusat penjagaan.
Boleh menasihati keluarga, orang tua, dan orang kurang upaya tentang perkara seperti nutrisi, kebersihan, dan kemudahan di dalam rumah.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.