- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
3
Juruteknik dan Profesional Bersekutu
Kumpulan Sub-Utama
35
Juruteknik Maklumat dan Komunikasi
Kumpulan Kecil
352
Juruteknik Telekomunikasi dan Penyiaran
Kumpulan Unit
3522
Juruteknik Kejuruteraan Telekomunikasi
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3522
Bandingkan
Juruteknik Kejuruteraan Telekomunikasi
Juruteknik Kejuruteraan Telekomunikasi melaksanakan tugas teknikal berhubung dengan penyelidikan kejuruteraan telekomunikasi, serta yang berkaitan dengan reka bentuk, pembuatan, pemasangan, pembinaan, pengendalian, penyelenggaraan, dan pembaikpulihan sistem telekomunikasi.
Tugasan
Menyediakan bantuan teknikal berhubung dengan penyelidikan dan pembangunan kelengkapan telekomunikasi, atau pengujian prototaip.
Mengkaji bahan teknikal seperti pelan induk dan lakaran untuk menentukan kaedah kerja yang hendak diguna pakai.
Menyediakan anggaran terperinci kuantiti dan kos bahan serta buruh yang diperlukan untuk pembuatan dan pemasangan kelengkapan telekomunikasi menurut spesifikasi yang ditetapkan.
Menyediakan penyeliaan teknikal bagi pembuatan, penggunaan, penyelenggaraan, dan pembaikpulihan sistem telekomunikasi untuk memastikan prestasi yang memuaskan serta mematuhi spesifikasi dan peraturan.
Mengaplikasikan pengetahuan teknikal dalam prinsip dan amalan kejuruteraan telekomunikasi untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan tugas.
Menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
3522-01
Juruteknik Telekomunikasi
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.